Saturday, April 25, 2009

CARA PENGAJARAN DR.NORMALIZA

Cara pengajaran DR.Normaliza adalah berbeza dengan pensyarah-pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.Iaitu hari pertama beliau masuk kelas mula-mula memperkenalkan dirinya.Selepas itu, beliau mengagihkan semua pelajar kepada beberapa kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai enam orang.Selepas itu, beliau teruskan lagi dengan memberitahu aktiviti-aktiviti yang perlu buat sepanjang semester ini untuk subjek bahasa dalam multimedia ini.Beliau seterusnya berkata,aktiviti-aktiviti yang perlu lakukan akan diterangkan secara mendalam apabila membuat aktiviti itu di dalam kelas.Beliau juga tegas dalam kedatangan.Kalau seseorang dalam kumpulan yang diagihkan itu tidak datang ke kelas kumpulan itu akan ditolak markah apabila membuat aktiviti.Seterusnya semua aktiviti yang dilakukan ada kaitan dengan subjeknya.Setiap aktiviti yang dibuat ada manfaatnya.Cara pengajarannya adalah beliau tidak menggunakan banyak slide dalam pengajarannya.Beliau banyak menggunakan aktivit dalam kelas bagi menerangkan sesuatu tajuk.Beliau juga mengadakan soal jawab dalam kelas dan itu mempunyai markah bagi kumpulan.Pengajaran beliau adalah mudah faham dan senang diingati.Kaedah yang digunakannya juga lebih sistematik dan teratur.

No comments:

Post a Comment